Followers

Saturday, July 10, 2010

di dalam bilik ini ada seekor gajah dan namanya ialah vokal...

pelican

syok kan hari tu buat lawak pasal Tiz Zaqyah sambil menyelit lagu Pelican? well, orang tu pun dah kembali ber'twitter' pada pukul 4 pagi semula. but, i can do it again and again. jangan risaulah @TizTizTiz ...

cuma yang saya ingin sentuh hari ini ialah tentang Pelican yang kerap saya dengar sejak akhir-akhir ini. Tiz, awak ingat saya letak lagu "Strung Up From The Sky" tu saja-saja ke? saya suka lagu tu. dia masih lagi dalam format Pelican yang saya pernah dengar cuma karya mereka kali ini kedengaran mesra dan hampir sempurna di telinga.

mungkin sebab perkembangan permainan dram si Larry Herweg.

ya. anda dengar banyak rungutan sebelum ini tentang Larry. orang kata dia main dram macam orang mabuk atau macam orang zaman batu mengetuk sesuatu umpama bermain dram dalam bentuk yang primitif....

saya rasa saya tidak mengulas album terbaru Pelican "What We All Come to Need" dengan seadilnya di majalah ROTTW (seperti yang anda lihat di atas. artikel Pelican di bawahnya pula ialah tulisan seorang rakan, Zulfikar Samsuri), sekadar menyebut trek mereka bersama Allen Epley, "Final Breath" yang jadi trek sulung mereka dengan instrumen vokal. tapi saya perasan, saya kalau dah mengulas album, semacam berjela pulak (sedang pada waktu yang sama sering memberitahu seorang penulis luar supaya 'jangan menulis laporan macam novel fiksyen melayu yang meleret-leret. simple but poignant sudah'...)

tapi tak apa, saya boleh tulis di sini. saya tak tahu kenapa Larry tak dipecat saja dari Pelican dulu walaupun ramai yang menrungut. mungkkin sebab saudaranya juga bermain bass untuk Pelican, jadi ia lebih bersifat peribadi. berada dalam sirkit independen pula, anda tak mengharapkan sesuatu gantian itu seperti mengharapkan John Bonham bermain di dalam band anda. bahasanya mudah, "there's always a room for an improvement..." (dan saya masih lagi berpegang pada pendirian saya : Lars Ulrich sucks at drumming.)

saya patut bagi album Pelican tu 4 bintang.

tapi album Sunn O))) di sebelahnya tu lagilah handal....

5 comments:

mior said...

hrmm..lamenya dh x follow rottw..rugi plak rsenya lame xbeli coz de review album pelican..

hrmm...mungkin 'ghaust' mmpu menyaingi pelican..hehe..

:-P

Blitzenius said...

saya pula rasa rugi sebab tak menonton Ghaust secara live tempoh hari. tetapi di dalam dunia post metal ala pelican / ghaust ni, ia tidak bersifat persaingan. tujuan dia satu saja, untuk memberi muzik yang disukai pendengar. jika anda minat pelican, anda akan minat ghaust, anda juga akan minat rosetta atau mungkin anda akan minat russian circles. mereka juga punya kecenderungan dalam menitikberatkan aspek visual, seperti contoh kulit album atau seni poster atau tshirt. jika anda lihat seni kulit album pelican punya nilai estetika yang tinggi, seni kulit album ghaust pun akan mengikut fahaman ini. ini saya rasa seperti yang ditekankan oleh pemain gitar Isis, Aaron Turner yang mana seni kulit album yang dihasilkannya bukan bertujuan sebagai satu alat pemasaran tetapi satu kerja seni seperti juga catan2 atau seni visual era bauhaus yang mana seni itu diletakkan di tempat yang tinggi, yang perlu dihayati, dipeliharan, dan bukanlah sekadar kulit album semata-mata untuk menutup muzik yang tersembunyi disebaliknya.

mior said...

setuju!!!
thanxs atas info/pngetahuan trsebut..amat dihargai...

Fazz Farraney said...

Btw Blitz,peminat sejati Tiz ke neh? hoho

Blitzenius said...

Fazz Farraney: nak panggil awak apa? Fazz? Farra? nak panggilan paling manja. ok, actually, saya sebetulnya memang tak kenal Tiz mula2. tak pernah sekali pun tgk dia berlakon. it was my ex actually who boast a conversation about Tiz when she saw this girl at this restaurant who resembled Tiz Zaqyah. tiba2 i was like, "ok, i can imagine..." from then i planted an idea if me and Tiz Zaqyah had this silent conversation, about music or movie we watched/listened/never watched/never listened. it grew on me when me and my ex parted ways. i cant say if i am really peminat sejati sebab tak pernah tgk drama2 dia pun. i bet imam2 muda who get the idea that she's really what she's like in Nur Kasih lebih sejati minatnya terhadap Tiz berbanding saya. she's more like a character in this blog, that attracted more people to come, to see the irony that the blog entry is so vain and it's not actually about Tiz at all. really. now i started to call "Strung Up From The Sky" as "Lagu Tiz Zaqyah by Pelican" instead of its actual song title.

Related Posts with Thumbnails