Followers

Saturday, July 10, 2010

realiti versi Harian Metro selalu bersifat lebih kelakar daripada fiksyen, seolah-olah ianya visual tepat untuk trek Misery Index – "The Medusa Stare"

...seperti laporan di bawah:


BAHANA CINTA GELAP : Abdul Majid menunjukkan baju tertera ayat-ayat cinta yang nyaris menyebabkan seorang wanita dibakar hidup-hidup. Anggota-anggota Misery Index tak menyangka ianya bukan sekadar fiksyen rekaan kumpulan berimej gori dan gelap semata-mata.

SEGAMAT: Perkataan “Iye ke!!! Awak Sayang Saya” yang tertera pada baju dipakai seorang wanita sepatutnya menjadi ayat romantis bagi mencairkan hati teman lelaki, namun keadaan menjadi sebaliknya apabila dia nyaris terkorban selepas kekasihnya cuba membakar baju dipakainya.
Teman lelaki wanita itu yang sudah berkahwin gagal mengawal perasaan dalam satu pertengkaran selepas makan malam sebelum mencurahkan petrol ke badan mangsa yang berusia 24 tahun. Dia dikatakan hampir menyalakan pemetik api sebelum mangsa melarikan diri.


Gelap sangat! Kids, we're living in the dark age now. Prepare yourself.

5 comments:

gabanMorka said...

orang kita semakin gila

Blitzenius said...

...ataupun, media massa berbahasa melayu kita sudah semakin hilang integritinya. lebih-lebih di bahagian hiburan....

sastraboy said...

haha, celakanya metro. semua benda nak disensasikan. kahkahkah.

Blitzenius said...

tapi, kata kekanda saya, seorang pekerja di Berita Harian "kita jual apa yang orang hendak."

it's business as usual, eventhough there's something that might not make sense.

xshahidx said...

Big LLOLOLOL!

t(o_ot)

biasalah, ini lumrah media, mereka tuhan sensasi..

BTW,1st time singgah blog ni,aku dtg dr tweet!

Related Posts with Thumbnails