Followers

Wednesday, September 22, 2010

Russian Circles & Spiral Kinetic Circus : kalau anda terlebih masa terluang hujung minggu ni...



Nak tengok Isis, dah bubar dah. Frust gila. Red Sparowes belum lagi plan tour Asia, begitu juga Rosetta, Pelican, Caspian, atau pelbagai lagi band dengan kategori malas yang bermula dengan nama 'post' di depan. Tapi anda ada alternatif lain. Russian Circles. Trio instrumental yang berasal dari Chicago ini bakal membuat persembahan ulung mereka di Malaysia ini, secara spesifik, di KL Performing Arts Center pada 24hb September ini bermula 8 malam. Tiket berharga RM98 dan RM78 bergantung pada level tempat duduk (ya, anda perlu melayan headbanging di tempat duduk anda, macam tengok wayang filem Anvil). Kata penganjur Mak Wai Ho, dari Soundscape Records, pencarian lokasi yang sukar menyebabkan mereka terpaksa memilih Pentas 1 sebagai jalan terakhir. Apa-apapun kesudian Russian Circles untuk membuat konsert mereka di Malaysia seharusnya disambut baik sebab kita maklum akan kesukaran kita untuk menyaksikan persembahan muzik yang berkualiti seperti Russian Circles ini. Anda mahu merasai sendiri kualiti audionya secara live selepas peminat muzik aliran ini selalunya melayan muzik ini seorang diri di bilik mereka. Jadi, Jumaat ini, keluar dari bilik tidur anda. Bak kata Radiohead, "Meeting people is easy." Tempat duduk agak terhad untuk 500 penonton sahaja jadi ada baiknya anda bertindak sekarang. Jika sukar membeli secara terus di kaunter tiket KLPAC, Actors Studio atau kaunter Axcess yang terpilih, anda boleh tempah secara online di laman web: https://buynow.axcess.com.my/login.php atau http://axcess.com.my/s_russian10.asp?id=9347950099197899144486181972409512747649

boleh juga hubungi Soundscape di laman web http://www.soundscape-records.com


satu lagi gig yang saya tunggu ialah Surf's Up 2010 KL! Sabtu ini 25 September bermula 2 petang, di Number One Cafe, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.



yang pasti kerana ada nama wira indie pop veteran, Spiral Kinetic Circus. Fathullah Luqman Yusuf (Infectious Maggots) dan line up original SKC akan memperdengarkan kepada anda apa itu indie pop sebelum anda benar-benar kenal indie pop sejak 2 menjak ini (paham sendiri lah ye,... ngeh ngeh ngeh.).

Ini gig yang punya kombinasi yang baik antara band lama dan band baru, dengan pelbagai genre. Selain SKC, ia juga menampilkan persembahan dari TABARAKA, V, THE ZOZI, INGRIDE, SPUNKY FUNGGY, DEAD EYES GLOW, SAMMAEL ABRAHAM, CHEWBACCA, HARMACY, SHIZUKA, dan MATEMATIK. Harus tonton.

Tiket berharga RM15 boleh dibeli di pintu masuk. Sebarang info lanjut boleh terus melayari laman Facebook Bodysurf Music dan Elstees Malaysia.

Have a nice weekend. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

7 comments:

Fontonk said...

tak mampu lah nak pegi. haha
duit raya pun tak dapat.
takpe, headbanging dalam bilik jelah

Blitzenius said...

pun hampir miskin sebab nak pergi tengok Russian Circles. tapi dah kena tengok sambil duduk ni, ada rasa macam layan DVD plak. nasib baik pas masuk nanti tu diberi atas sebab tugas mengulas acara.

tapi SKC tu ok lah, takde la mencekik sangat tiket dia. meeting new people, old people. macam tengok Infectious Maggots bulan 3 dulu.

JePh said...

mahai plak tiket tu..takpa,gua tunggu ulasan lu dlm rottw je la..hehe~

aiseh.. surf up ada tabaraka, lama kot hardcore gopeng nih!

Blitzenius said...

tu la JePh, ramai orang lama gig hari sabtu tu. list band boleh tahan. bila lagi nak tengok gig yang majmuk camtu. confirm terserempak dengan ramai geng lama.

Fontonk said...

bila old timer dah berborak. haha

JePh said...

fontonk, hg lg la otai..heh!

Blitzenius said...

merendah diri la pulak. korang semua memang otai la. haha.


otai tu kata ganti untuk 'peningkatan usia', sebab malu dipanggil dah tua.

Related Posts with Thumbnails