Followers

Tuesday, September 07, 2010

The Unwinding Hours, kamu ada peminat di Malaysia... (nota buat Craig B dan Iain Cook)


...dan kalau kamu berdua pernah mengumpulkan peminat di sini lewat era Aereogramme, termasuklah peminat Isis sekali semasa projek 3 laguIn The Fishtank, maka kamu ada harapan untuk meluaskan lagi skop pendengar kamu di sini. saya tahu, Aereogramme dibubarkan kerana band itu akan buat kamu berdua muflis, jadi saya tidak melihat harapan akan kamu berdua bakal membuat persembahan live dengan dana yang terhad, ditambah dengan promosi dan edaran album yang tak cukup meluas. muzik yang bagus selalunya begitu...

tapi, tak apa. saya akan tolong kamu berdua.

Craig B. saya masih mahu mendengar album dari band baru kamu ini, walaupun saya masih rindu dengan Aereogramme, dan saya rasa kesal kerana mengenali Aereogramme agak lewat sedang band itu cuma tinggal sebulan sahaja hayatnya. saya beri harapan pada The Unwinding Hours kerana kamu seorang penulis lagu yang baik. Trek pertama, "Knut" sahaja dah buat saya teringatkan Jesu, begitu juga dengan trek terakhir, "The Final Hour". kamu tahu, saya tak boleh dengar Jesu selepas ditinggalkan kekasih. Jesu itu terlalu 'lembab'(but in a good way) dan puaka bagi saya jika ingin meneruskan kehidupan dengan rasa girang dan penuh kegembiraan. 2 perkataan itu barangkali tiada dalam kamus muzik kamu, Craig. lebih menyayat hati apabila trek ke 4, punya rujukan Bukowski pada tajuk lagunya. celaka betul kamu, Craig. are you happy now?

kamu pandai menyentap hati saya, Craig. pakai lagu dan lirik saja.

sebenarnya bulan Ramadan ini kan, saya dalam mood penuh kemaafan. pada satu malam, saya rasa terbuka hati untuk memaafkan dia. tetapi kadangkala bila dah gatal dan rasa tercandu dengan muzik kamu, mood saya boleh berubah. kamu seringkali memberi ilham supaya saya ada point untuk mengatakan yang si dia berlaku kejam dan tidak sepatutnya terhadap yours truly.



anyway, pembaca sekalian. anda semua boleh dengar preview trek "Peaceful Liquid Shell" di laman web The Unwinding Hours : http://www.theunwindinghours.co.uk. anda boleh berkomunikasi secara terus dengan mereka melalui Facebook di sini : http://www.facebook.com/pages/The-Unwinding-Hours/238996592074 dan boleh membeli album mereka yang diedarkan oleh label Chemikal Underground Records.



album debut The Unwinding Hours ini berinspirasikan pada pengalaman Craig akan perhubungannya yang gagal. jadi kalau anda, pembaca semua ingin bersuka ria dengan album macam Doctor Bombay, ini bukan albumnya.

3 comments:

gabanMorka said...

halwa telinga baru....

Blitzenius said...

uih, kau jangan cuba, haha... Craig B tu ada rekod tulis lagu stok nak buat aku rasa nak bunuh diri je. dari era Aereogramme lagi dia macam tu.

i was like, "Craig, boleh tak satu hari kau berjaya dalam percintaan? so that lagu2 kau berbunyi macam ada harapan sikit."

Aku belum dengar Unwinding Hours lagi aku dah boleh agak penulisan dia macam mana. Craig ni boleh dijangka.

gabanMorka said...

haha..jgn risau.aku masih ingat tuhan

Related Posts with Thumbnails