Followers

Saturday, November 27, 2010

Koleksi portfolio Aaron Turner


Ini je yang saya ada kalau sebut apa portfolio Aaron Turner yang saya simpan... (t-shirt Pelican yang sehelai tu sampai sekarang tak tahu siapa yang design, bukan Aaron Turner rasanya....). Dapat pun lepas Isis dah RIP.


Kawan saya pula, Zuang Aziz ada koleksi lengkap album penuh mereka (tak termasuk EP).

Sejak 4 jam yang lepas pula, Aaron Turner melalui blognya, akhirnya melancarkan koleksi portfolionya samada secara solo atau kolektif sejak 2002 yang dikumpulkan dalam bentuk fail PDF dan boleh dimuat turun di sini. Nota: besar fail dalam 72mb. Koleksi ini bagaimanapun bukanlah koleksi lengkap, mungkin yang dianggap terbaik oleh Aaron , dalam 20 muka kesemuanya. Kesemuanya seni kulit album untuk band-band seperti Melvins, Knut, Jesu, Bolehlah digunakan oleh pelajar jurusan senireka grafik sebagai rujukan.

5 comments:

gabanMorka said...

bila agaknya aku nak berseni begini?

Blitzenius said...

motivasi dia begini: saya dulu nak kumpul beberapa novel grafik dan ada juga beberapa LP tertentu sebab minat seni kulit albumnya, tapi saya miskin. lebih parah bila wishlist saya semakin bertambah.

penyelesaian? do your own artwork. cuba meniru hasil kerja yang diminati sampai sebijik rupa dia macam artwork yang ditiru. tapi benda ni lebih personal lah, bukan untuk tujuan komersil. tapi lambat laun, kalau peniruan anda bagus, orang akan perasan, ada yang mahukan hasil kerja anda. bila dah banyak kali meniru, anda rasa anda dah puas dengan kerja mereka, dan khatam habis, dan tiba masa untuk anda mencari arah baru, identiti sendiri.

ambil contoh hasil kerja Rob Sheridan untuk kulit pakej semula NIN - Pretty Hate Machine di alamat ini : http://phm.nin.com/

anda panggil ia sebagai peniruan atau penjelmaan semula atau interpretasi sendiri?

asyraff mohd said...

saya setuju !

mior said...

aduh pedih mata tgk isis uh..hehe..geramm..

Bluffer said...

yo aaron turner!! tlong r jgn disband isis, tlong la weh...hahaha, xkan nak kasi chance kat alex turner aja, rugi weh isis pecah....

Related Posts with Thumbnails