Followers

Thursday, November 25, 2010

Mogwai : Rano Pano


Saya ambil keputusan untuk tidur dengan nyenyak pada 19 November (anda tahu-tahu sajalah tarikh itu sesuai sekali untuk disconnect diri sendiri dengan seluruh dunia) di rumah, perkara yang jarang-jarang berlaku sedang di Scotland dan juga ibupejabat Sub Pop di Seattle, buat pertama kalinya, M(((O)))WAI memperdengarkan single pertama Rano Pano yang dipetik dari album terbaru mereka, Hardcor Will Wever Die But You Will, di mana mereka dah jadi band drone doom. Maksud saya, jika anda dengar bunyi gitar pada permulaannya, anda akan dapat rasa percikan Earth di situ. Melody-wise, Mogwai tidak mengecewakan. Approach ini sama macam The Sun Smells Too Loud, cuma ini bukan lagu yang gembira moodnya.

Saya rasa macam duduk di dapur sambil humming melodinya, rakam dengan handphone, hantar rakaman ini kepada rakan-rakan band yang lain secara muat naik (broadband handphone murah sekarang ni) dan akhirnya rakan-rakan lain memberikan versi akhirnya yang dirakam di studio, di adun, di master,... and profit. the result is here.

Muat turun Rano Pano secara percuma di laman web Mogwai : http://www.mogwai.co.uk

2 comments:

Abang Ben said...

bro... apa album Mogwai yang paling bagus? Nak test dengar.

Blitzenius said...

kalau ikut pendengar Mogwai, ada 2 :

1 ) Young Team (1997)
2 ) Mr. Beast (2006)

Young Team akan sentiasa disebut sebagai definitve Mogwai album sebab ia album pertama yang memperkenalkan khalayak akan Mogwai, dan post rock. Kalau dengar album album Damn Dirty Apes, memang perasan rujukan Mogwai dalam album YT ni. Key song dalam album YT pada saya ialah Like Herod dan Mogwai Fear Satan, dua-dua lagu ni dengan struktur yang panjang. Kena dengar banyak kali.

Saya sebenarnya agak baru dengan Mogwai dalam 4/5 tahun dulu, jadi saya lebih kerap dengar Mr Beast. album ni pada saya kalau didengar, Mogwai dah reinventing themselves. Kalau dulu lagu dia gloomy habis, Mr. Beast buat Mogwai jadi berat dan heavy. Lagu dia lebih kenvensional, macam ada part verse korus,... tapi tetap ada kontras dramatik bila nak sampai klimaksnya. Key tracks pada album Mr Beast pada saya : Glasgow Mega-Snake, Friend of the Night, Fold Death 95, We're No Here.

Tapi album lain pun kena dengar jugak saya ada personal favourite macam lagu Hunted by a Freak, I Know You Are But What Am I?, 2 Rights Make 1 Wrong, Christmas Steps.

album yang last sekali, The Hawk Is Howling pada saya paling hampir dengan Mr Beast. ni pun suggested jugak sebab ada lagu power chord macam Batcat, paling beratlah dalam album ni, selain Scotland's Shame, Im Jim Morrison, I'm Dead, "I Love You, I'm Going to Blow Up Your School, dan The Sun Smells Too Loud.

Related Posts with Thumbnails