Followers

Wednesday, March 02, 2011

...bak kata Kevin Smith : "Please, Trent - burst into "I WANNA FUCK YOU LIKE AN ANIMAL!" right there, Oscar in hand. "



"Wow, is this really happening?" - baris pertama Trent Reznor saat menjejaki podium Majlis Anugerah Academy sejurus dia memenangi Oscar bagi kategori Skor Filem Terbaik untuk filem The Social Network.

No Mr. Reznor. This is REALLY happening. You just won an Oscar.




Beberapa ketika, Reznor ke belakang pentas Academy Award sambil memberikan tweet versi yang hampir sama dengan kemenangan Golden Globe tetapi diubah sedikit : "HOLY SHIT doesn't seem enough...", masih dalam perasaan tak percaya akan kemenangan Oscarnya.

Pada pemain papan luncur, Tony Hawk, kemenangan Trent Reznor dan Atticus Ross secara kolektif di Anugerah Academy semalam bagi kategori Skor Filem Terbaik untuk filem The Social Network mengembalikan kepercayaannya pada anugerah filem berprestij itu yang sekian lama dianggap bogus, bukan saja pada dirinya, malah seluruh Amerika dan mungkin satu dunia. Di Twitter, kemenangan Reznor dan Ross turut dikongsi dengan ucapan tahniah rakan-rakan dan mereka-mereka yang mengenali Reznor sebagai salah satu figura Amerika yang masih relevan hingga kini, seperti Amanda Palmer, Danny Lohner, pembikin filem dokumentari, Michael Moore, ilustrator komik, David Mack, Fred Durst (yang pernah meminjam line 'Closer' untuk lagu Limp Bizkit - Hot Dog'nya), malah blog-blog muzik bebas, rock, dan metal seperti Pitchfork, Brooklyn vegan, Kerrang, Metal Injection, Alternative Press, Metal Hammer dan pelbagai lagi yang mungkin tidak pernah menyentuh langsung atau mengambil kisah akan anugerah filem tahunan terbesar ini memberikan perhatian mereka atau setidak-tidaknya ucapan tahniah buat Reznor akan kemenangannya itu yang dilihat sebagai pencapaian tertinggi sepanjang kariernya. Mungkin kemenangan Reznor ini bakal membuka telinga ramai akan kerja-kerja Reznor sebelum ini dan melihat sejarahnya dalam pembangunan muzik industrial dan metal, yang lebih prominent ialah sekitar 1990'an.

I mean, this guy had history in giving you something like "I wanna fuck you like an animal", disturbing image, heretic lyrical references, launching a career for self proclaimed antchrist superstar, black as your soul..... sebarang imejan yang mengganggu yang anda boleh tuliskan di sini. _____________________________


Saya cuba melihat semula kemenangan Reznor dan kewajarannya. Memang dia berdepan dengan persaingan yang sengit memandangkan calon-calon lain yang bertanding dalam kategori Skor filem ini lebih berpengalaman dan ada yang pernah menang anugerah tersebut seperti Hans Zimmer dan A.R Rahman sedangkan The Social Network pula ialah kerja skor filem pertama bagi Reznor. Dia tak punya kumpulan orkestra yang besar yang juga dapat memberikan bunyian yang lebih besar pada karya-karyanya, cuma dengan studio kecil yang nampak macam stesen penerima transmisi NASA dengan kepelbagaian alatan elektronik, yang menghimpunkan segala perkara dan method yang digunapakai sejak era Pretty Hate Machine, malah mungkin Exotic Birds lagi.


Ramai yang menjangkakan kemenangan John Powell untuk filem 'How to Train Your Dragon', ataupun A. R. Rahman yang bakal mengulangi kejayaan 'Slumdog Millionaire' melalui kolaborasi keduanya bersama pengarah Danny Boyle, '127 Hours', atau 'Inception' karya Hans Zimmer (skor Zimmer untuk filem ini hebat juga kecuali Zimmer kali ini lebih minimalis dalam penggunaan nota-nota muzik. Kalau anda dengar teliti, anda akan perasan...but it works really well with the film, the same way Reznor did with The Social Network). Tak kurang yang merasakan 'The King's Speech' oleh Alexandre Desplat juga bakal memenangi anugerah ini selepas filem itu dah tapau anugerah utama, Filem dan Pengarah Terbaik.

Tapi merit kemenangan Reznor dan Ross ini sebenarnya terletak pada pendekatan mereka yang lebih bersandarkan pada permainan elektronik yang dilihat berbeza berbanding mengulangi formula komposer-komposer yang lain yang mana jika mahu menghasilkan sebuah skor filem maka perlu ada kumpulan orkestra yang mega dan muzik yang kuat akan pengaruh klasikal. Pada Reznor sendiri, dari sisi muzikal, skor The Social Network itu bukanlah anjakan tertingginya tetapi lebih disifatkan sebagai Nine Inch Nails dalam bentuk instrumental,...lebih-lebih dengan penggunaan beberapa trek dari album berkembar 4 Nine Inch Nails - 'Ghost I - IV' yang disusun semula untuk disesuaikan dengan filem tentang pembentukan Facebook itu. Dengan kata lain, Reznor masih lagi berdiri dengan bayang-bayang Nine Inch Nails yang dibentuknya lebih 2 dekad lalu, cuma melalui fasa dan audiens yang berbeza. Kredit kemenangan skor filem itu juga patut dikongsi bersama pengarah filem itu sendiri, David Fincher yang tak pernah berputus asa mahukan kerja Reznor dalam filem arahannya itu. Fincher sendiri punya sejarah dalam mencari bunyi yang berbeza untuk filemnya seperti menggunakan khidmat Dust Brothers untuk memberi injeksi tekno, elektronik dan post-modern untuk filem 'Fight Club' (selepas gagal mendapatkan Radiohead era pasca OK Computer / pra Kid A). Dengan The Social Network, dia melihat Reznor sebagai calon yang tepat untuk memberikan feel berat sintetiknya, kualiti yang dimahukan seperti skor filem 'Blade Runner' arahan Ridley Scott, sesuatu yang tak luput ditelan masa.

[this scene probably will be forever in film history...]

Anda bayangkan sendiri jika A. R. Rahman atau Hans Zimmer yang memenangi kategori ini dan bukan Reznor dan Ross, harus Anugerah Academy akan dicap sebagai hilang citarasa dan integriti selepas ramai juga yang mnegeluh akan kemenangan 'The King's Speech' untuk 2 anugerah utama (fanboys Nolan agaknya,.... no, Inception tak masuk kategori filem terbaik...). Hans Zimmer sendiri turut mengharapkan kemenangan Reznor kerana dia merasakan khalayak perlu melihat semula apa yang dipanggil sebagai skor filem. Zimmer mahukan lebih tekstur pada penghasilan skor filem, lebih-lebih lagi pada telinga pengundi besar di Academy dan dia melihat harapan itu pada kerja Reznor dan Ross.

Anda faham maksud luahan hati Tony Hawk di permulaan tulisan tadi?

Bagi saya dan ramai peminat NIN yang lain, tiada ekspresi jelas mahupun parti internet yang tepat yang dapat menggambarkan perasaan kami akan kemenangan Trent Reznor ini selain membanjiri trafik di Last.fm dengan serangan playlist NIN dan juga skor The Social Network secara bertubi-tubi....

Oh, yeah... I play that NIN in Singapore videos i recorded after the show i attended quite alot since yesterday....


20 tahun antara pembentukan Nine Inch Nails sehinggalah Academy mengiktiraf Trent Reznor, ia sebenarnya telah melancarkan karier Hollywood yang berikut buat alumni-alumni NIN dan Nothing Records:
Jerome Dillon (dram) - komposer untuk filem seram The Collector.
Danny Lohner a.k.a Renholdër (bass/keyboard) - penerbit album runut bunyi filem Underworld, skor untuk lagu tema laman web filem Pathology.
Charlie Clouser (keyboard, synth, theremin) - skor untuk saga filem seram - Saw, The Stepfather, Resident Evil: Extinction dan juga untuk siri televisyen, Las Vegas dan NUMB3RS.
Clint Mansell (bekas anggota Pop Will Eat Itself yang pernah bernaung di bawah label milik Trent Reznor, Nothing Records, juga memberikan kontribusi vokal untuk album NIN - 'The Fragile') - lebih berjaya sebagai komposer untuk filem-filem seperti Pi, Requiem for a Dream, Sahara, Doom, The Fountain, Definitely, Maybe, The Wrestler, Moon, dan juga filem yang turut memenangi anugerah Academy bagi kategori aktres terbaik, Black Swan. Komposisinya yang bertajuk "Lux Æterna" untuk filem Requiem for a Dream sangat dikenali sehingga kerapkali digunapakai sebagai pilihan penebrit komersil televisyen dan juga salah satu versi trailer filem terawal Lord of the Rings.
Marilyn Manson (okay, ni kelakar sikit. Anda akan dapat lihat Manson sebagai Brian Warner di dalam video muzik NIN - "Gave Up" memberikan kontribusi gitar dan vokal ketika era Pretty Hate Machine, sebelum album pertama Marilyn Manson - "Portrait of an American Family" terbitan Reznor) - Manson pernah menghasilkan skor untuk filem Resident Evil bersama Marco Beltrami dan bakal merilis filem pertama arahannya, Phantasmagoria: The Visions of Lewis Carroll dengan dia sendiri bakal membawakan watak Lewis Carroll, penulis novel klasik Alice in Wonderland dengan skor filemnya dihasilkan oleh band Marilyn Manson, termasuklah beberapa alumni NIN yang lain, Chris Vrenna (dram, keyboard) dan Jeordie White/Twiggy Ramirez (bass).


Trent Reznor sendiri sebelum The Social Network, pernah menerbitkan beberapa album runut bunyi untuk filem-filem seperti Natural Born Killers dan Lost Highway, tetapi yang paling hampir untuk sebuah skor original untuk filem ialah apabila dia diminta Mark Romanek yang kerap mengarah video-video muzik NIN untuk menghasilkan skor untuk filem One Hour Photo sekitar tahun 2001. Trent Reznor ada menghasilkan beberapa trek tetapi akhirnya projek ini tidak digunakan untuk filem tersebut. Hasil rakaman ini bagaimanapun dirilis Reznor sebagai sebahagian dari CD tambahan untuk pakej DVD Live NIN - "And All That Could Have Been" yang dipanggil Still. Salah satu trek yang saya minati - 'Leaving Hope', anda boleh dengar di bawah:


...tapi yang paling klasik ialah bila David Fincher menggunakan salah satu trek NIN - "Closer" versi remix Coil, sebagai muzik latar untuk kredit pembuka filem Se7en rekaan Kyle Cooper yang sampai sekarang orang kata, "kau tak payah tengok filem tu sampai habis. Tengok title dia je dah cukup".


Untuk projek akan datang, Trent Reznor dijangka bakal menghasilkan skor filem untuk filem terbaru David Fincher, "The Girl with the Dragon Tattoo". LP penuh How To destroy Angels juga baru selesai dan bakal dijadikan album percuma bagi versi digital.

muat turun:
- 5 trek dari album runut bunyi filem The Social Network
- EP 6 trek How To Destroy Angels - projek muzikal Trent Reznor pasca NIN
- 'The Slip', satu-satunya album percuma NIN, khas buat peminat mereka.
- "Ghost I-IV", album berkembar 4 NIN, beberapa trek dibuat revisi semula untuk filem TSN. 9 trek pertama dari album ini diedarkan secara percuma di laman web "Ghost".

sumber foto : Hollywood Reporter

3 comments:

Firestarter said...

Nice!!
mcm2 info psl Trent Reznor & NIN yg sy dpt tau kt entry ni.
Papepon,sy mmg da target Trent & Ross mng oscar.Paling suka lagu dalam The Social Network,Hands Cover Bruise.

gabanMorka said...

Oscar memang selalu diabaikan

tapi kali ni dah terlepas pulak satu oscar berkualiti

congratz to reznor

Blitzenius said...

@Firestarter : Likewise, saya pun suka trek tu. I think the soundtrack compliments well with the movie.

@gabanMorka : bukan diabaikan tetapi sukar diambil secara serius kerana misteri dan politik disebaliknya yang sukar dirungkai. Boleh dilihat beza pengiktirafan antara Golden Globe dan Oscar. tapi masa A.R Rahman menang Oscar dulu, satu dunia beri perhatian juga. Yang penting, kita jangan jadi ignorance dalam menilai sesuatu karya sebelum melihat, mendengar dan merasainya sendiri.

Related Posts with Thumbnails