Followers

Wednesday, August 24, 2011

PJ20 : looking forward for this one on our layar perak



September sepatutnya ulangtahun ke 20 Nirvana - Nevermind, tetapi semasa melakukan editing artikel yang berkaitan, terperasan yang Pearl Jam juga dalam usia 2 dekadnya tahun ini, lalu sebuah filem dokumentari (arahan Cameron Crowe) dan buku bakal dilancarkan pada bulan yang sama dengan Nevermind (album pertama PJ - "Ten" , keluar pada 27 Ogos 1991, ok, lagi 2 hari, maaf saya dah bagi spoiler...).

Asalnya filem ini hanya dirancang untuk siaran one shot tanpa pengulangan di stesen televisyen PBS, tetapi kemudian beberapa panggung wayang yang terpilih di dunia mula mengambil bahagian untuk tayangan dokumentari ini, juga sekali tayangan saja, pada 24 September, dengan tayangan perdana pada 20 September di US.

Ok, here's the thing. Kat rantau Asia Tenggara, hanya 4 panggung di Singapura yg masuk dalam list. di Malaysia, ia tidak tersenarai... akan tetapi jika anda punya keinginan, ada usaha sedikit, cuba hubungi pihak Sony Music Malaysia (mereka pernah buat tayangan preview Foo Fighters : Back and Forth di Cineleisure 24 Mei lalu) dan usulkan cadangan untuk tayangan filem dokumentari ini.

orang tua yang menemuramah Eddie Vedder di permulaan trailer di atas ialah David Lynch. anda suka filem Earserhead, Twin Peaks dan projek muziknya bersama Sparklehorse dan Danger Mouse, saya tahu.

4 comments:

Dr. Ben said...

rasanya takde harapan

Anonymous said...

Sam,

takde contact ke kat Sony? aku nak spam diorg la ( tapi 20t Sept aku ada kat holland, nak try tgk sana la...kalau sempat)

*andri*

Kaboi Tanduk said...

tunggu DVD..

Blitzenius said...

Doktor Ben: saya boleh je buat panggilan dan dapat jawapan terus dari yang terbabit. tapi .... kita tengok lah kuasa viral ni macam mana.

Kaboi: bak kata bekas kekasih, tengok kat panggung ni berdentum-dentam. feel dia tak sama macam tengok DVD.

Related Posts with Thumbnails