Followers

Thursday, August 07, 2014

Ulasan filem: Life of Pi (2012)

Yann Martel mengambil pendekatan di mana dalam setiap kisah kapal karam, mesti ada kes salah seorang yang akan jadi Richard Parker, tapi dalam bukunya diberi twist yang berbeza (tak macam Edgar Allan Poe). Jika anda belum baca bukunya, anda masuk dalam kes "kira ok juga sebab tak spoil mood." Life of Pi ialah filem kapal karam ala Castaway dan Lost yang tak jumpa pulau. Tak juga. Pi menemui sebuah pulau tapi mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan bersama 'kucing' belaannya. Ada misteri alam yang sukar untuk dijelaskan. Tragedi yang berlaku dilihat sebagai panggilan dari ilahi tapi Pi dalam perjalanan hidup sebenarnya mencari-cari Maha Pencipta dengan ujian yang getir yang mana jika dia merujuk kepada kitab, sebenarnya pernah berlaku pada hambaNya yang lain dan dia mengambil rujukan itu. Yann sebagai penulis turut mengangkat tema seseorang yang bersendiri dan hanya Tuhan dijadikan tempat untuk dia berbicara yang sebenarnya dirujuk dari kisah hidupnya sendiri sebagai seorang budak berkulit putih di India yang dianggap orang asing.

Menonton Life of Pi semasa pratayang media di TGV Imax Sunway Pyramid hampir 2 tahun lalu, saya sempat angkat 'Richard Parker' bawa balik ke rumah (rujuk gambar di atas). Novel Yann Martel ni memang diakui antara yang terbaik dekad lalu, jadi kena ada seorang pengarah yang terbaik untuk lebih adil buat adaptasi layar perak ini. Pada saya, apa yang dibuat oleh Ang Lee pada Life of Pi is well executed dan ceritanya bergerak dengan baik sekali tanpa menjejaskan kandungan cerita asal novelnya (walaupun anda tak pernah baca novelnya, tapi saya sarankan lepas tengok, cubalah cari novelnya. Kat festival buku Big Bad Wolf boleh dapat dalam RM8 je). Saya tak menjangka Life of Pi akan jadi sebuah filem dengan persembahan visual yang cantik. Sesetengah filem gah dengan visual saja, jalan cerita hancur tapi Life of Pi seimbang. Antara filem yang terbaik saya tengok tahun 2012 di pawagam. Filem ini membuatkan tenaga kerja Rhythm & Hues (yang bertahun-tahun berpengkalan di Malaysia) tiba-tiba menjadi sebutan di Festival Filem Malaysia kerana menang Academy Award untuk kesan khas terbaik dan setahun selepas itu cawangan Malaysia ini tutup kerana Rhythm & Hues LA mengumumkan mereka muflis. Nasib pekerja industri, gah di majlis anugerah saja tanpa pembelaan. Tapi,... itu bisneslah.

Sinopsis: Sebuah filem yang diadaptasi dari novel Yann Martel yang berjaya memenangi Anugerah Booker, "Life Of Pi" berlatarkan Pondicherry, India dan berkisar tentang Piscine Molitor Patel (Suraj Sharma), yang juga dikenali sebagai Pi. Pi merupakan seorang anak penjaga zoo yang hidup dalam keadaan berada. Sepanjang hidupnya, masanya diluangkan dengan menimba ilmu, bukan sahaja dari segi keagamaan, malah semua jenis sastera untuk menambah pengetahuannya tentang dunia. Walaubagaimanapun, perubahan politik di India telah menyebabkan keluarga Patel berpindah ke Kanada. Namun selepas kapal karam, Pi mendapati dirinya terapung bersama seekor kuda belang, orang utan, dubuk dan harimau baka Bengal Diraja bernama Richard Parker di atas sebuah bot keselamatan. Kisah selanjutnya mencatatkan pelayaran Pi di lautan Pasifik selama 227 hari dan membawa tema kepercayaan diri dan perjuangan hidup.

Klasifikasi: P13
Genre: Pengembaraan / Drama
Tarikh Tayangan: 29 November 2012
Edaran di Malaysia: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Ang Lee
Lakonlayar: David Magee, berdasarkan novel Life of Pi tulisan Yann Martel
Pelakon: Suraj Sharma, Irrfan Khan, Tabu, Adil Hussain, Gerard Depardieu, Rafe Spall, Adil Hussain.

--------------------------------------------------------------------------------

3 comments:

eddeved said...

...and so it goes with God.

+kasih+ said...

saya dah tgk cite life of pi... menarik sangat.. buat kita berfikir... grafik dia pun sangat cantik...

+kasih+ said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails