Followers

Monday, March 30, 2015

[ULASAN FILEM] Jengka, terbitan Aziz M Osman

Minggu lalu, saya bersama 3 delegasi lain mewakili Movie Addict : Hatta Kain Kapan (bertshirt Black Dahlia Murder), Thaaqhib Mohammed dan Saiful Kifler (tidak kelihatan di dalam gambar) memenuhi jemputan tuan Aziz M Osman (terima kasih yang tak terhingga sebab recognize grup ini) semalam untuk majlis pratayang filem Jengka terbitan syarikat beliau Ace Motion Pictures, arahan Ramdan Che Hassan dan Nyon Othman di Cathay e@Curve Damansara.

Filem bermula dengan Raja Azri beri sedikit penerangan tentang found footage yang jadi basis kepada cerita yang bakal ditonton. Kisah rumahtangga yang dilanda ujian kerana kecurangan suami tatkala isterinya sedang sarat mengandung. Seramnya bermula ketika laki bini pulang ke kampung di Jengka berlatarkan kebun kelapa sawit sebelah rumah ketika isteri tinggal seminggu nak bersalin. Kecurangan si suami terbongkar, isteri yang lemah semangat tatkala menerima hakikat ini lalu penunggu Felda mula merasuk.

Akhir kata tontonlah JENGKA yg telah mula bermain di panggung hari ini dan nilaikan dengan seadilnya.



My take on JENGKA:

*** BEWARE! MUNGKIN ADA MAJOR SPOILER ***

Saya terganggu sedikit bila screen terbelah dua untuk menunjukkan rakaman semula dan 'rakaman sebenar' yang bergerak selari membentuk cerita, tetapi selalunya ia berselang seli sebab rakaman sebenarnya real sangat, kesan rasuknya real, emosi isteri terganggu sebab suami curang pun real sampaikan saya nak orang yang dalam 'rakaman sebenar' tu yang jadi pelakon untuk rakaman semula, bukannya Riezman, Ramona mahupun Raja Azri walaupun mereka beri persembahan yg baik. Kredit besar filem ini sebenarnya ialah footage tersebut. Sebabnya, tahap kesurupan rakaman semula lakonan Riezman Khuzaimi, Ramona Zam Zam, Raja Azri tu turun mendadak pada saya (termasuklah entiti yang dibikin secara computer generated, ia tak membantu pada saya, sekadar alas dalam penyampaian cerita). Jengka bagaimanapun tetap ada momennya pada saya sebagai sebuah filem seram harus tonton. Bak kata Hatta Kain Kapan, wanita mengandung tak pernah gagal untuk memberikan keseraman buat penontonnya dari era Rosemary's Baby sehinggalah ke Annabelle.

Gambar sekitar tayangan khas JENGKA minggu lalu.

1 comment:

prog muten said...

Admin tumpang sekejap yer...
Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
elaun : rm1200/sem
yuran : rm200/sem
https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

Related Posts with Thumbnails