Followers

Monday, May 25, 2015

Ulasan filem: SUAMI AKU USTAZ

Pertama, ia ada nama 'Suami', genre terkini dalam penerbitan drama dan filem tempatan yang sering diulang pakai. Kedua, bukan pertama kali saya ulas filem dengan tajuk 'Suami', yang pertama 'Suamiku  Encik Perfect 10' (yang asalnya drama 2 episod sebelum bertukar format secara tergesa-gesa supaya tiketnya laris) gagal di mata saya. Ketiga, filem ini dibuat 2 tahun lalu, dan saya bayangkan penerbitnya dalam setahun kemudian tak menjangka novel dengan tajuk 'Suami/Isteri' telah jadi hot propperty untuk diadaptasi ke versi telemovie, soap opera dan filem. Bila dah gagal filem yang ada Aaron Aziz tu, bagus juga sebab saya letakkan filem ini dengan jangkaan yang rendah. Tonton juga untuk berlakon adil.

And, boy, I was amazed.

But then, here's the thing...

Filem Suami Aku Ustaz pada saya ada ya dan tidak, dan bukan untuk semua. Ia semakin tidak bila ulasan penuh amarah dikongsi oleh June Low di Facebook dan jadi viral dan menarik perhatian umum yang tidak menonton tapi mahu mengulasnya, sebab, well.... ia genre yang dibenci. Membenci sesuatu bersama umum yang lain dan jadi mainstream, maka kenalah jump into bandwagon.

June Low membidas teruk filem ini sebab pada logik akalnya yang bukan Islam, filem ini menggalakkan 'child marriage', tetapi pada saya jika diletak pada usia legal, ia masih tidak pada sesetengah penonton. Dan tak akan ada cerita. Seperti yang melibatkan (spoiler) scene Adi Putra kena tangkap (sedangkan watak lakonan Nora Danish iaitu gadis sekolah berusia 17 tahun itu dah dikira usia legal), mula saya nak persoalkan juga. Ini lubang plot pada filem ini. Biarpun begitu pandangan June Low itu salah juga (takkan dia tak tahu 16 tahun ke atas itu dikira usia sah kahwin?). June Low melihatnya satu isu kerana ianya perkahwinan yang melibatkan budak sekolah yang nampak salah padanya walaupun budak sekolah tu extend SPM sampai usia 20 tahun ataupun ambik STPM. Yang membawa saya ke zaman ambil degree Fine Art di UiTM tahun pertama saat melihat seorang gadis yang diminati dah direserve awal-awal jadi tunangan orang, dan betapa bengangnya saya, merasa dunia ini tidak adil untuk saya merasa nikmat cinta di alam remaja post-SPM yang cukup tulus dan kudus, sampaikan si gadis ini jadi buah mulut orang di UiTM, "apa ke halnya tunang awal-awal?", pengajian seninya sudah tak nampak serius. Barangkali visi ini dirasa oleh June Low bila melihat ulangkaji SPM si Nora Danish dah tak jadi serius kerana statusnya ialah isteri Adi Putra, fungsinya hanyalah memenuhi tuntutan seks (sebab kerap benar June guna hujah 'rogol budak bawah umur') sedangkan tiada satu adegan rogol budak bawah umur pun di dalam filem Suami Aku  Ustaz (SAU).

Jadi, apa sebenarnya fungsi  perkahwinan di dalam filem ini yang mungkin  sukar dimengerti oleh seorang seperti June Low?

Di dalam SAU, filem ini bukan mengenai pedophile atau child molester. Filem ini mengenai tunduk pada perintah, dalam Islam dan keluarga. Ada bangsa dan agama lain yang sukar nak faham. Biarpun sebuah cereka fiksyen untuk tujuan komedi, kisah ini memang benar-benar wujud. Itu yang orang panggil kahwin paksa. Dan kahwin paksa bukan eksklusif untuk filem berbahasa Melayu yang Islam ini saja malah filem barat dari dulu lagi dah ada kahwin paksa ni, Romeo & Juliet ring a bell? Or Great Gatsby?

Dan tak ada pula ditunjukkan yang ustaz tu rakus, sampai tahap nak merogol. Bila seseorang tu dah set negatif untuk menonton satu-satu filem, hasilnya akan keluar dengan hampa.

Soal kahwin di usia muda , filem ini buat aku teringat penyanyi Azreen yang kahwin dalam usia yang muda juga, dirai penuh gah  kerana dikahwinkan dengan kerabat diraja. And then teringat mak saya pun dulu kahwin baya-baya tu juga, old enough untuk tidak dipanggil child marriage (dah mummayizlah mudahnya). Saya yang ada peluang pun tak kahwin-kahwin dan saya harap saya duduk di Eropahlah sebagai contohlah, supaya tak terkesan sangat. But that's another story. Itu sebab dah bukan jodoh saya untuk kahwin awal. Saya bukan di zaman itu. Filem ini pula lain ceritanya.

Point utama dikahwinkan di dalam SAU sebab yang bukan mahram tu yang merupakan sepupunya (boleh kahwin ok...) menjaga amanah kedua ibubapa Nora Danish untuk jaga anaknya (untuk menjaga aib juga barangkali, kalaulah watak Nora Danish ada potensi untuk jadi liar bila tiada jagaan ibubapa yang mengerjakan haji dan bakal hamil anak entah siapa). Kerana itu juga watak Adi Putra dijadikan sebagai ustaz sebagai perlambangan orang yang membawa ilmu. Tetapi perlu difahamkan juga, wataknya bukanlah seorang yang sempurna (kalau ikut pemahaman June Low, ustaz barangkali ustaz ini seorang yang tidak pernah langsung berbuat dosa, maka bayangkan kalau filemnya bertajuk I Marry A Priest dengan Rowan Atkinson sebagai ketua agama, mungkin dia lebih marah). Ustaz pula saya bayangkan dalam pertengahan 20'an, masih segar dalam bidang pendidikan sebab baru grad, jiwa muda itu masih ada, yang membenarkan pelajarnya buat fanpage khas di Facebook barangkali. (Tapi Adi Putra dengan misai tampalnya nampak terlalu tua untuk role ini). Kalau soal rogol budak bawah umur yang jadi kerisauan,  (spoiler) adegan Adiputra menyentuh Nora tu aku anggap ketika Nora dah pun habis SPM, bermakna bila dia dah legal. Dah 2 tahun legal. Tapi kalau June Low kata Ustaz asyik ajar bab kahwin je, kalau dia ambil pendidikan Islam, bukannya Moral di sekolah, dia mesti tau 'Pendidikan Islam, Tingkatan 5, Ibadat, Tajuk 12 –Perkahwinan Dalam Islam'. SPM. bukan PMR. Filem ini boleh nak tunjuk ustaz ajar bab lain tetapi ini untuk kelangsungan cerita  dalam filem, maka lebih banyak perbincangan soal kahwin dalam filem yang tak jadi masalah buat saya.

Bercakap soal filem, saya melihat bagaimana jika ia bergerak sebagai filem. Ianya berjaya bagi saya dan dari situ saya lihat banyak lubang plot dalam tulisan June Low. Kerana dia tidak melihat sebuah filem sebagaimana saya. Tidak seperti June Low, saya tidak meletakkannya sebagai agen contoh. Filem takkan pernah jadi contoh bagi saya. I mean sejak bila, sebab saya tengok dah banyak filem yang huru hara, keluarga yang berantakan, anak yang kurang ajar, ibu bapa yang tak jalankan tanggungjawab, tapi mereka , penonton, barangkali penonton seperti June Low membenarkannya dan turut merasa simpati. Saya melihat naskhah Suami Aku Ustaz sebagai 'what if and shit gone wrong', dari situ June Low gagal menaakul yang ditontonnya ialah filem, bukannya TV Pendidikan (kerana itu filem ini diberi rating PG13).

And one more thing, (spoiler) adegan Adi Putra menegur Nora Danish menonton drama Korea, katanya jangan ikut yang buruk. Benar. Tapi dia juga kata, ambillah yang baik. Itu tak pula disebut June Low dalam tulisannya.

Sebelum saya pergi lagi jauh, bila saya kata I was amazed, ketahuilah Ghaz Abu Bakar, minus Yusry KRU, I'm a fan. hahahaha! (Korang tau aku nak cakap pasal Cicakman 3 kan?). Ada something yang sinematik pasal Suami Aku Ustaz. My goodness, ada satu scene tu muziknya, sinematografi, lakonan dan dialog diadun dengan cukup baik. For the first time aku terfikir, untuk genre begini ada juga yang betul-betul masuk sekolah filem.

Ada saya sebut tak, Nora Danish sebagai budak sekolah dalam filem ni, she nailed it!

(Tapi kalau ini produk MIG memang dah jahanam dah...)

Perkahwinan berlaku. Dan ianya satu takdir (jika faktor usia dimainkan, macam saya di zaman UiTM, katalah gadis tu bukan tunangan orang tapi isteri orang, siapa June Low mahu menafikan soal jodoh?).

-----------------------------

SINOPSIS: Alisa dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama di sekolah menengahnya iaitu Ustaz Hafiz, apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji. Hanya kepada Ustaz Hafiz sahaja tanggungjawab dan kepercayaan yang diberi untuk menjaga Alisa sepanjang mereka di Mekah. Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikan statusnya di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri, Wati dan Johan. Dalam dilema dan perbezaan usia yang ketara, Alisa juga terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya.

Klasifikasi: P13
Genre: Drama / Romantik
Tarikh Tayangan: 14 Mei 2015
Pengedar: ALTERNATE PICTURES SDN BHD / Karya Seni
Pengarah: Ghaz Abu Bakar
Lakonlayar: Hannah Dhaniyah
Pelakon: Ady Putra, Nora Danish, Izzue Islam, Jue Aziz

Related Posts with Thumbnails