Followers

Friday, June 05, 2015

Ulasan filem: Captain America : The Winter Soldier

ULASAN: Bila ada dua bersaudara dari siri tv Arrested Development dipilih mengarah filem adiwira anda, perkembangannya takkan pernah tersekat dan filem anda akan jadi sangat bagus. Siapa sangka Captain America : The Winter Soldier yang mana filem pertamanya boring gila (hakikatnya memang saya tak boleh pergi dengan filem superhero era World War II yang skema dengan pergerakan yang lembab) tiba-tiba ia jadi sebuah filem political-techno-thriller yang cool. Seperti mana yang pernah disebut, pengarah Joe Russo dan Anthony Russo siap buat litmus test dengan merujuk laman kritik Honest Trailers supaya CA:WS tiada lubang plot yang boleh dikritik, and they did.ii Honest Trailers melalui waktu yang sukar untuk mencari kelemahan filem ini yang hampir tiada cacat celanya. Ianya menaiktaraf filem superhero terbitan Marvel Studios dan saya amat menantikan hasil kerja dua saudara Russo yang seterusnya, Captain America: Civil War dan kemungkinan filem Avengers juga. Hail, Hydra! Hail, Bluth!

PLOT: Filem kedua Captain America ini mengambil jalan cerita yang ditinggalkani padau filem Avengers di mana Steve Rogers cuba mempengaruhi Nick Fury dan S.H.I.E.L.D supaya meyakini peranannya dalam dunia moden. Chris Evans kembali membawa watak Captain Amerika sementara Anthony Mickey menjadi ahli baru filem terbitan Marvel sebagai Falcon. Peminat buku komik bersiri ini akan tahu bahawa kawan baik Steve Roger, James "Bucky" Barnes (lakonan Sebastian Stan) bakal menjadi Winter Soldier.

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Superhero / Techno-thriller
Tarikh Tayangan: 27 Mac 2014
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Anthony Russo, Joe Russo
Pelakon: Chris Evans, Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson

1 comment:

Shahida Dzulkafli said...

Memang best pun..dgn aksi yg mantap dari Captain America dan juga Winter Soldier..

Related Posts with Thumbnails