Followers

Friday, June 05, 2015

Ulasan filem: GUARDIANS OF THE GALAXY

ULASAN: Guardians of the Galaxy ialah jawapan Marvel kepada DC Comics yang merasakan filem komik selepas Batman Begins dah tak boleh nak lawak lagi, tak boleh 'defy logic', perlu gritty dan sekian-sekian peraturan yang tak boleh nak dilanggar. Kita akan menyumpah Christopher Nolan kerana peraturan ini tapi sebenarnya itu silap DC Comics sendiri, rival kepada Marvel kerana kegagalan filem Green Lantern (tema angkasa lepas yang hampir nak sama dengan GotG). GotG memberitahu yang anda boleh ambil komik, cuba ikut sumber asal dengan penambahan yang tak ke laut and have fun with it. GotG ialah jawapan Marvel kepada Star Wars jika peminat komik Marvel berkehendakkan sebuah cereka angkasa lepas yang boleh memadamkan memori mereka kepada prekuel Star Wars dan perangai George Lucas yang tak sudah-sudah menjadikan Star Wars sebagai ibu duit dan lembu tunainya sehinggakan Star Wars yang baru dah tak rasa sinematik lagi. GotG ialah jawapan Marvel kepada DC yang mereka dah boleh ambil property yang  khalayak tak familiar langsung, jadikan ia cool dan memikat mereka yang sepanjang hidup mereka tak pernah membaca komik yang kurang popular seperti New Gods, Global Guardians atau Law's Legionnaires kerana faktanya orang tak jangkakan apa-apa pun bila mereka ke panggung melainkan apa yang mereka sudah sedia maklum dan kenali. Dengan GotG, kita tak perlu bergantung kepada filem team superhero seperti Justice League sahaja yang melalui neraka development. GotG ialah jawapan kepada Dragonball jika Marvel dapat menghasilkan sebuah filem Dragonball yang berjaya... and I can live with that.

James Gunn sukakan muzik dan ianya jelas melalui filem ini. Muzik itu menjadi watak yang penting baginya, sebab itu GotG tidak membosankan.

Filem ini mengambil versi kedua komik GotG‬ yang diterbitkan pada tahun 2008 (ketika pembentukan Marvel Cinematic Universe dengan filem Incredible Hulk dan Iron Man dihasilkan pada tahun yang sama) selepas siri crossover Annihilation yang menggabungkan watak-watak dari komik Marvel yang melalui penjelajahan kosmik dan angkasa lepas, yakni bukan sepertimana superhero yang berpusat di Bumi sebagaimana yang pernah dihasilkan Marvel dalam bentuk filem sebelum ini (jika ditolak Thor yang lebih bersifat mitologi). GotG menjadi projek yang tak dijangka dari Marvel sebagai filem jika dilihat pada popularitinya (benar, ramai yang tak tahu sehingga filemnya diumumkan) tetapi watak-watak ini bukanlah baru bagi yang mengikuti siri komik Marvel. Yang menjadi persoalan ialah cameo Stan Lee yang kini menjadi kebiasaan dalam filem Marvel: adakah dia akan muncul dalam filem dari komik yang bukanlah ilham asalnya? Sudah tentu dia ada, kerana watak Groot ciptaannya, antara highlight dalam filem ini.

SINOPSIS: Peter Quill/Star Lord, asalnya penduduk Bumi tetapi diculik oleh lanun angkasa semenjak kecil. Menginjak dewasa, dia mendapati dirinya terperangkap di tengah-tengah konflik di galaksi bintang yang memaksa dirinya bergabung dengan mereka yang lain yang asing baginya di mana mereka menjadi pelindung bersama untuk menjaga keamanan  galaksi yang mereka duduki itu dari ancaman Ronan yang sedikit demi sedikit mula mendedahkan identiti dan keturunan Peter yang sebenar.

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fiksyen Sains
Tarikh Tayangan: 31 Julai 2014
Studio: MARVEL STUDIOS
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: James Gunn
Pelakon: Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Lee Pace, Michael Rooker, Karen Gillan, Djimon Hounsou, Vin Diesel.

1 comment:

Shahida Dzulkafli said...

X berjaya lg tgk..selalu terkandas separuh jalan..

Related Posts with Thumbnails