Followers

Monday, November 02, 2015

Ulasan filem: LOVE, SUPERMOON

Ulasan: Apa-apa yang ada Nadiya Nisaa will do for me and surprise! It's good! Kudos to Wan Hasliza, pengarah/scriptwriternya (hasil pengalaman menulis skrip dan mengarah filem dan telemovie bergenre komedi seperti Dunia Baru, Hooperz, Geng Surau dan Keluarga Iskandar). Komedi Love, Supermoon padat dan sarat sehingga tiada ruang untuk berhenti. Ia tak buat penulis gelak sakan (walau sebenarnya ya, memang ada moment begitu) tapi cukup untuk mengusik hati. Thankfully, bukan lawak slapstick. And, and, it's Nadiya Nisaa show! (Bagi yang masih ingat dan sangka dia benar-benar OKU dalam Cun).

Memang kita akan temui tema serupa - komedi bercinta dari sekolah hingga dewasa dalam filem luar (yang bijak sikit macam filem Like Crazy tapi tak sebodoh A Lot Like Love) tapi Wan Hasliza bijak mengambil subjek 'gosip' (atau mengumpat) sebagai penggerak cerita yang diadun dengan watak-watak yang sebenarnya cerminan orang-orang kita melewati usia mencari pasangan dan ke gerbang perkahwinan. Ianya real.

Sinopsis: Filem romantik yang sangat kelakar ini mengisahkan tentang persahabatan lima orang sahabat yang bermula sejak bangku sekolah dan bagaimana persahabatan mereka berkembang sehingga ke zaman universiti, alam perkerjaan dan bagaimana mereka mula bertemu pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga. Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi kerana sahabat baik Razak, Sulayman (Zain Hamid) merupakan kekasih kepada Nina (Rita Rudaini) yang berkawan baik dengan Triz. Razak dan Triz hanya mengetahui tentang perihal masing-masing menerusi ‘gosip’ yang disampaikan oleh rakan baik mereka.

Setelah menamatkan zaman universiti, Triz bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, tetapi malangnya, hasil tulisan Triz sering ditolak oleh syarikat-syarikat penerbitan sehingga menyebabkan teman lelaki Triz, Azman (Azhar Sulaiman) tidak menyokong hasratnya untuk menjadi penulis. Berlainanan pula dengan Razak, beliau berjaya menjadi seorang doktor dan amat dikenali kerana sifat ‘playboy’ dan sering bertukar pasangan. Selepas bertahun-tahun mengharungi pelbagai masalah cinta dan liku – liku kehidupan, Razak dan Triz dipertemukan oleh takdir dalam keadaan di mana kedua-duanya mahu memulakan kehidupan yang baru.

Arahan dan skrip: Wan Hasliza
Lakonan: Nadiya Nisaa, Farid Kamil, Rita Rudaini, Anne Ngasri, Zain Hamid, Azhar Sulaiman, Zain Saidin
Tarikh tayang: 22 Oktober 2015
Edaran : Grand Brilliance


No comments:

Related Posts with Thumbnails