Followers

Monday, October 24, 2016

Mahu Kerja Dengan Kerajaan? 10,000 Jawatan Kosong Untuk Anda!

Tertarik dengan post di Facebook oleh seorang rakan,  Sham Hardy berkenaan pemberian bonus kepada penjawat awam. Sebenarnya, sektor swasta pun ada juga. Tapi yang sebenar-benarnya apa yang membuatkan kerja dengan kerajaan ini jadi pilihan (walaupun kerja swasta ditawar gaji yang lebih tinggi) ialah soal kebajikan dan jaminan. Seperti yang kita maklum, berkerja di bawah kerajaan, maka kerajaanlah yang menjaga kebajikan pekerja melalui persatuan, koperasi, pemberian bonus dan sebagainya.

Tapi cuba ketika lihat kebelakang yakni setahun yang lepas. Tahun 2015 telah mencatatkan angka 30,000 pekerja yang hilang pekerjaan samada dipecat atau kerana syarikat yang mereka kerja sudah gulung tikar atau bertukar operasi. Macam saya sendiri, asalnya dari print industry yang operasinya semakin mengecil dari hari ke hari. Pekerja terpaksa dikurangkan. Dan sampai satu tahap bos pun tak mampu nak bayar gaji membuatkan saya terpaksa memilih option lain iaitu beralih kepada industri digital. Tapi situasinya tetaplah, pengangguran bakal berlaku. Ia membuatkan statistik penggangguran negara meningkat ke 3.9%.

Berapa ramaikah yang anda rasa 3.9% ni? Kalau rakyat Malaysia ni ada 30 juta orang, maka 3.9% ini membawa kepada angka 1.2 juta rakyat Malaysia yang menganggur. Itu angka yang sangat besar sebenarnya. Kalau ini filem horror genre zombie, itu dah cukup ngeri buat saya.

OK, kita lihat pula faktor-faktor yang menjadi punca meningkatnya kadar pengganguran negara. Faktor ekonomi. Pelabur asing lari. Harga minyak jatuh. Dan lain-lain faktor ekonomi. Kalau nak ditambah, terlalu memilih kerja juga boleh jadi punca utama makin ramai umat menganggur.

Jadi bagi yang sedang menganggur dan tengah cari kerja tu, bolehlah jenguk laman web Jawatan Kosong yang ada lebih daripada 10,000 jenis kerja kosong yang anda boleh mohon (banyak tu! Confirm ada yang sesuai dengan anda!). Ramai sebenarnya yang mendapat manfaat dari laman web ini sebab mereka dapat pekerjaan yang mereka impikan dan dapat mengubah taraf hidup mereka di saat kita sering berbalah soal taraf hidup yang kian meningkat tapi tiada usaha untuk memperbaikinya. Nah, inilah sumber yang anda cari-cari selama ini!

Seperti di awal bebelan saya, ramai yang mahu berkerja di sektor kerajaan kerana peluang kerja yang sangat menarik dan jaminan masa depan. Maka anda boleh cuba apply di laman web Government.My yang menyediakan jawatan kosong kerajaan yang banyak cabangnya.

Antaranya jawatan kosong Maybankjawatan kosong Kastamjawatan kosong JPJ dan jawatan kosong KEMAS yang merupakan kerja kosong yang popular dan senang untuk dipohon. Dengan cara permohonan atas talian yang semakin mudah, penerimaan dan serapan masuk kerja lebih tinggi kemungkinannya berbanding cara lama yang ambil masa lama (kadangkala borang entah sangkut di mana).

Bila permohonan anda mendapat maklum balas, apa lagi? Buatlah pesediaan. Siapkan segala resume dan portfolio. Kemaskini penampilan anda supaya tampak yakin di hadapan penemuduga. Tepati masa. Dan berdoalah agar pintu rezeki anda terbuka untuk berkerja diterima. Yang penting, niat anda. Kerjalah dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Bila dah ada peluang ini, maka rebutlah peluang yang ada.

Dengan laman web jawatan kosong ini diharap  pengangguran dapatlah dihapuskan. Pihak kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia haruslah bertindak dan mengorak langkah proaktif bagi mengelakkan kenaikkan kadar penggaguran di negara kita.

Akhir bebelan saya, kalau ada di kalangan rakan anda yang sedang mencari pekerjaan, bolehlah anda bantu mereka dengan kongsikan artikel ini supaya mereka punya peluang untuk menaik taraf hidup seperti juga kita semua dan pengangguran dapat dihapuskan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails