Followers

Thursday, December 08, 2016

6 Laman Sesawang Yang Anda Wajib Lawati Yang Sangat Berguna!

Jika anda seperti saya, meminati bidang perkomputeran dan internet, seperkara yang anda perlu tahu, laman web yang pertama telah berlayar pada 6 Ogos 1991, sudah pun menjangkau 25 tahun. Dan laman web pertama ini di url http://info.cern.ch/hypertext/WWW/TheProject.html telah dihasilkan oleh Tim Berners-Lee, pada komputer NeXT yang merupakan syarikat komputer yang digerakkan oleh Steve Jobs. Bayangkan berapa banyak laman web yang telah bercambah sejak tarikh di atas: a billion.


Ya, pada tahun 2014, terdapat lebih kurang 1 billion laman web dan blog telah wujud di internet. Yang dilayari ramai pastilah yang lebih popular. Dan dalam banyak-banyak laman web ini, kategori yang bagus dan berguna mesti ramai yang terlepas pandang.

Jadi untuk kali ini, mari kita lihat enam laman web atau blog dalam Malaysia yang sangat berguna tetapi ramai orang tidak tahu. Here we go!



Government.my merupakan sebuah laman web yang menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Sangat berguna buat mereka yang ingin mencari peluang-peluang pekerjaan baru. Ia juga menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan.


Seperti juga Government.my, yang bezanya ialah laman web JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan dengan tawaran gaji yang lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak membuat pinjaman. The catch? Sudah pasti bukan senang nak diterima berkerja, but still, worth to try!


Masih lagi sebuah laman web berkenaan kerja tetapi Kerjakosong.co lebih menjurus kepada sebuah portal pekerjaan di mana ia menghubungkan majikan dengan pekerja. Majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda majikan yang mencari pekerja, atau anda pekerja yang ingin mencari pekerjaan yang bergaji tinggi atau dengan syarikat tertentu, sila bookmark laman web ini!


Laman web SAPS ini pernah saya feature di blog bulan lepas di mana ia sangat berguna pada waktu musim persekolahan. Ia berfungsi buat ibu bapa yang mahu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka dengan hanga mengisikan nombor kad pengenalan anak dan nama penuh mereka. SAPS adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.

5. APDM

APDM ialah laman web untuk guru-guru mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM untuk memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. APDM bermaksud aplikasi pangkalan data murid.

6. HRMIS

HRMIS (ringkasan untuk Human Resources Management Information System) ialah aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia di mana aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.


So, there you go! 6 laman web yang tak popular tetapi sangat berguna dalam membantu anda dalam melayari internet jadi taklah masa dan data internet anda terbuang dengan hanya melayari Facebook sambil menyebarkan gosip (contohnyalah kan,... hehe). Kalau tak, penat sajalah Tim Berners-Lee buat projek laman web ni 25 tahun lepas kalau tiada manfaatnya buat kita semua. Jadi, sebarkanlah info yang berguna ini kepada kenalan anda di seluruh dunia, and happy surfing!

No comments:

Related Posts with Thumbnails