Followers

Tuesday, May 16, 2017

SAPS Ibu Bapa Bantu Kecemerlangan Anak-Anak Anda

Untuk memeriksa keputusan peperiksaan dan ujian bagi anak-anak anda yang bersekolah dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5 kita perlu gunakan SAPS ibu bapa.  Tapi tahukah anda apa itu sebenarnya SAPS Ibu dan Bapa?

Khas buat ibu bapa yang ada anak yang bersekolah, untuk pengetahuan anda, SAPS adalah singkatan kepada sistem analisis pelajaran sekolah yang mana ia merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan ini pada saya amat penting dan juga mudah untuk kita melihat prestasi akademik anak-anak kita secara dalam talian saja.

Dengan adanya SAPS Ibu Bapa ini, para ibu bapa akan dapat sentiasa memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dan semudah di hujung jari sahaja. Tak seperti zaman pra internet yang berdasarkan buku rekod peperiksaan dan adakalanya memerlukan ibu bapa ke sekolah bertemu guru-guru untuk kepastian tentang prestasi anak-anak.

Namun, masih ramai ibu bapa yang belum tahu cara atau bagi yang tidak celik IT, tidak biasa menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini. Jadi di bawah ini saya huraikan secara ringkas cara memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak-anak kita melalui sistem SAPS ibu bapa:

Untuk memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online, sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa.

Ya, anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini supaya tidak berlaku masalah laman web 'down' atau keluar mesej "Laman sesawang tidak dapat diakses". Klik sahaja link yang telah saya beri tadi dan ikuti arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.  

Jadi bagaimana? Dapat semak keputusan anak anda? Mudah, kan? Bila anda dah dapat menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa dan di mana anda berada, anda harus sentiasa prihatin dan lebih mengambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu kemudahan kepada kita mendidik anak-anak. Dalam era di mana ekonomi adakalanya tidak menyebelahi kita sehingga kita perlu kerja lebih masa untuk kesenangan dan keselesaan hidup bersama keluarga, hal-hal seperti pelajaran anak mungkin kita senang terlepas pandang. Jadi dengan kemudahan ini diharapkan tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara yang tidak baik.

Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan semoga ia dapat membantu lebih ramai orang untuk lebih mengetahui tentang apa itu SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara dalam talian sahaja.

No comments:

Related Posts with Thumbnails