Kuala Lumpur, 7 September 2026 – WAIC CONNECT Malaysia 2026 buat julung kalinya dianjurkan di Malaysia bagi memperkukuh penggunaan AI secara praktikal serta menggalakkan kerjasama rentas sempadan antara Malaysia, China dan negara ASEAN.
Berlangsung pada 7 dan 8 September di Kuala Lumpur Convention Centre, persidangan bertemakan “Innovating for a Green and Intelligent Malaysia” itu menghimpunkan sekitar 1,000 pakar industri dari rantau Asia Pasifik, selain menampilkan lebih 40 penyelesaian dan inovasi AI.
Acara turut memperkenalkan Huawei Atlas 950 SuperPoD, infrastruktur pengkomputeran AI berkuasa tinggi Huawei, serta mengetengahkan pelbagai penyelesaian AI untuk sektor kerajaan, pendidikan, kewangan, bandar pintar dan industri.
Antara agenda utama ialah perkongsian mengenai perkembangan AI di Malaysia dan China, strategi agentic AI, penerapan AI dalam perusahaan serta sesi padanan industri yang menghubungkan keperluan syarikat tempatan dengan penyedia teknologi dan rakan pelaksana.
WAIC CONNECT Malaysia 2026 turut disasarkan sebagai platform ekosistem AI berteraskan Malaysia, sekali gus menghubungkan inovasi antarabangsa dengan keperluan ASEAN terhadap penyelesaian AI yang praktikal, bertanggungjawab dan bersedia untuk diterapkan dalam industri.
No comments:
Post a Comment