Followers

Thursday, August 20, 2026

Konsert Revolusi Radja 25 Tahun Live in KL Dibatalkan

Penganjur DHYAH Production bersama Infinity Love Creative Ventures telah memuatnaik permemohonan maaf berikutan pembatalan Konsert Revolusi Radja 25 Tahun yang dijadualkan berlangsung pada 19 September 2026 di Stadium Hoki Bukit Jalil. Pembatalan ini terpaksa dibuat atas sebab masalah teknikal dalaman dan keadaan semasa.


Bagi urusan pemulangan wang, semua pembeli tiket akan dihubungi melalui e-mel. Proses permohonan pemulangan wang boleh dibuat di platform Myticket. Para pembeli diminta menyemak e-mel serta menyimpan bukti transaksi bagi kelancaran proses ini. Pihak penganjur menyatakan penghargaan atas sokongan dan kefahaman daripada semua pihak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails