Followers

Friday, August 21, 2026

Tom Holland dan Naomi Watts Bertemu Semula dalam Spider-Man: Brand New Day

Masih ingat lagi dengan filem kisah benar peristiwa tsunami 2004 di Thailand yang sangat meruntun jiwa iaitu The Impossible (2012)? Dalam filem tersebut, Tom Holland yang baru berusia 14 tahun memegang watak Lucas Bennett, anak sulung yang bertarung nyawa demi melindungi dan menjaga ibunya, Maria Bennett lakonan Naomi Watts yang cedera parah. Selepas 14 tahun berlalu, siapa sangka Hollywood mempertemukan pelakon watak Lucas dan Maria ini semula dalam filem Spider-Man: Brand New Day tanpa sebarang pengumuman awal.

Pihak Marvel Studios rupa-rupanya menyimpan satu kejutan besar sehinggalah nama pelakon muncul pada kredit akhir filem. Naomi Watts sebenarnya membuat kemunculan sebagai pemilik suara E.V. (EVIE), sistem pembantu kecerdasan buatan canggih di dalam sut baru Peter Parker. 

Momen ini bertukar menjadi satu detik "full-circle" yang cukup indah: jika dahulu watak Lucas bertarung nyawa melindungi ibunya daripada ombak besar, kini peranan mereka bertukar sepenuhnya apabila suara Naomi pula yang setia menjaga keselamatan dan memantau keberadaan Tom Holland di sebalik topeng Spider-Man.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails